Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan blog Syafrizal.net ini setelah saya berusaha untuk membeli Elegant Themes yang sangat cool dan berpatutan ini. Macam-macam dugaan dan cabaran bagi saya untuk menyiapkan blog ini. Saya bukanlah seorang designer atau seorang coder tetapi saya meminati blogging. Dahulunya saya memang mempunyai pelabagai blog di pelabagai platform. Cakap apa sahaja platform blogging yang anda pernah dengar dan pernah cuba malah sedang menggunakannya, saya sudah mencuba hampir kesemuanya. Blogger, WordPress (kedua-dua .org dan .com), dan juga Tumblr.
Sejak dahulu lagi saya banyak membuat research dalam perniagaan Internet sama ada produk fizikal atau pun digital. Dan ini tidak bermakna saya tidak mencuba untuk membuat blog yang mantap dan sedap juga untuk dibaca. Pengajaran dan pengalaman banyak mengajar saya bagaimana untuk menulis di blog dengan penuh berhemah, beradab dan juga janganlah sampai menggunakan perkataan yang dapat menambahkan dosa kita (ramai yang buat sebenarnya). Menulis dari hati amat berbeza dari menulis kerana ingin membuat duit di blog. Kadang-kadang tersepit juga di antara keduanya. Saya amat kagum bagaimana mereka yang berpengalaman dalam perniagaan internet yang dapat mengimbangi antara minat dan juga berniaga. Memang tidak salah untuk berniaga tetapi kita perlu juga ada minat untuk menulis di blog. Jikalau tidak maka jadilah seorang hipokrit yang menulis dengan tidak ada kualiti atau menulis artikel dengan sambil lewa dan mengharap supaya orang akan klik pada iklan kita. Suka juga saya rujuk pada pepatah “Pentingkan Kualiti dari Kuantiti”.
Buat masa sekarang saya ingin mempromosi produk-produk halal HPA di dalam alam maya ini. Tidak ramai ahli HPA yang mempromosikan produk HPA mengikut niche dan tidak ramai juga yang menulis artikel tentang perawatan dan juga herba. Mungkin ada yang tidak minat tentang herba atau mungkin juga kecetekan ilmu. Itu tidak menjadi masalahnya kerana jika kita ingin berjaya dalam apa bidang sekali pun kita perlu ada ilmu. Maka tambahkanlah ilmu selagi kita masih hidup. Insya Allah.
Banyak juga idea dan projek yang saya ingin ketengahkan tetapi saya ingin pastikan minisite saya yang pertama iaitu DietHPA.com berjaya dahulu. Design buat masa sekarang sudah siap dan cuba untuk mempromosikannya akan tetapi saya rasa masih banyak lagi perlu dipelajari bagi mempromosikan dengan lebih mantap.
No related posts.


wahh beli template ni?? berapa harga ni boss?
.-= DaHLia´s last blog ..5 Tips untuk meningkatkan Page Rank⦠=-.
USD19.95 setahun hehe berminat ke? Click dekat link kat tepi tu nama dia Elegant Themes.